Pempengaruh dan usahawan Kak KM atau Liana Rosli berkata dia akan kerap ulang alik ke Singapura selepas anak sulungnya, Nabila Razman berkhidmat sebagai pramugari di sana.
Memetik Oh Bulan, Kak KM berkata dia akui risau akan keselamatan anaknya itu apatah lagi mereka pertama kali berjauhan.
BACA: “Nabila Diterima Jadi Pramugari Singapore Airlines” – Kak KM Sedih Berjauhan Dengan Anak
“Sangat lama saya dan dia akan berjauhan. Untuk sejukkan sedikit hati, mungkin saya akan kerap ke sini. Sebab kalau Nabila nak balik ke Kuala Lumpur macam susah sebab cuti dia pun tak tetap.
“Saya dan keluarga akan kerap buat begitu sebab dia seorang saja di sini dan ini adalah kali pertama dia bekerja di luar negara,” katanya.
Sementara itu, Nabila berkata dia ada menitipkan pesanan dan nasihat buat anaknya itu supaya menjaga hubungan dengan Allah lebih-lebih lagi apabila berjauhan dengan keluarga.
“Saya memang pesan kepada dia untuk jaga solat dan jaga diri sebab bila duduk jauh dengan mak macam-macam boleh berlaku. Saya paling takut kalau anak jadi liar dan macam mana nak pastikan perkara tak elok berlaku adalah kena solat.
“Walau dia pakai macam mana pun, solat tetap perlu dilakukan supaya dapat menghindarkan kita daripada perkara-perkara yang tak betul,” katanya.
Sumber: Oh Bulan