Penampilan pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz mencuri perhatian yang tampil memakai topi berona hitam serta turut tertera huruf ‘R’.
Aliff yang memakai baju ‘hoodie’ memuat naik foto tersebut menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya pada petang, Jumaat.
Meskipun tidak meletakkan sebarang kapsyen, namun begitu Aliff menulis emoji bintang dan permata, selain menggunakan lagu berjudul Trampoline milik Shaed dan Zayn.
Foto tersebut turut memaparkan pelantun lagu Sayang Sayang ini sedang menikmati juadah di Restoran Nandos.
Sebelum ini, status IGs aktres, Ruhainies dan Aliff menimbulkan persoalan selepas kedua-dua selebriti ini menggunakan lagu dan emoji yang sama.
Artikel Berkaitan: Guna Emoji & Lagu Sama, Aliff Aziz Tulis ‘Quotes’ Berjanji Setia… Netizen Dakwa Tuju Pada Ruhainies?
Pada Khamis, Aliff dan Ruhainies enggan memberi sebarang komen mengenai prosiding kes khalwat yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, semalam.
Kes khalwat membabikan pelakon sensasi, Aliff Aziz bersama aktres, Ruhainies akan bersambung pada prosiding seterusnya pada tarikh 20 dan 27 Februari depan.
Pada prosiding 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah dan meminta kes khalwat mereka dibicarakan.
Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat yang dilaporkan berlaku di sebuah kondominium mewah, di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Selepas dibawa ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk disoal siasat, Aliff dan Ruhainies masing-masing dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 2 petang, pada hari sama.
Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: Kes Khalwat Bersambung Februari 2025, Aliff Aziz & Ruhainies Pilih Kunci Mulut… Enggan Ditemubual Media
Artikel Berkaitan: Adik Ruhainies Tarik Diri Jadi Penjamin Aliff Aziz Berhubung Kes Khalwat
Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Tayang Bunga Lama?




