Pempengaruh dan usahawan terkenal, Tya Arifin menerima teguran segelintir netizen selepas gaya penampilan tudungnya dikritik segelintir pihak.
Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, isteri kepada usahawan Asyraf Khalid itu memakai tudung berona putih dipercayai tanpa inner dan jarum sehingga memperlihatkan rambutnya.
Berdasarkan ruangan komen, ada dalam kalangan mereka meluahkan rasa bimbang terhadap Tya mendakwa dirinya akan membuka hijab, namun ramai juga netizen yang mendoakan agar ibu anak tiga itu istiqamah dalam menjaga auratnya sebagai wanita muslimah.
Bagaimanapun, Tya seolah-olah terbuka dengan setiap kritikan netizen apabila dia dilihat tidak cepat melatah, sebaliknya menyukai komen-komen mereka.