“Pakai Tudung Pun Buat Apa Acik Oi Kalau Mulut Asyik Mengumpat”

“Pakai Tudung Pun Buat Apa Acik Oi Kalau Mulut Asyik Mengumpat”

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kurang senang apabila ada netizen yang mengkritiknya penampilannya yang tidak bertudung.

Menerusi hantaran di Insta story, Rita memuat naik komen individu berkenaan serta menegur tindakan mereka yang menilai seseorang seolah mereka merasakan diri mereka terpaling suci.

BACA: “Yang Tak Nak Belajar, Sila Keluar…” – Rita Rudaini Ulas Isu Buli Di Sekolah

“Inilah realiti segelintir ibu bapa ulul albab yang rasa diri terpaling suci dan ahli syurga. Hina orang nombor satu, lebih baik buka tudung tu. Merekalah pemegang kunci syurga selayaknya, asyik kira dosa orang,” tulisnya.

Sementara itu, Rita berkata memakai tudung bukanlah lesen untuk mereka mengumpat atau memperkatakan mengenai orang lain.

“Pakai tudung pun buat apa makcik kalau mulut asyik mengumpat orang. Terpaling tudung labuh parent ulul albab ni,” tulisnya.

Difahamkan, menerusi komen tersebut individu berkenaan mengecam Rita kerana tidak bertudung serta mempersoalkan bagaimana dia akan menjelaskan penampilannya kepada anak-anak suatu hari nanti.


Scroll to Top