Pakar patologi saksi pertama dipanggil inkues Zara Qairina

Pakar patologi saksi pertama dipanggil inkues Zara Qairina

Kota Kinabalu: Pakar Patologi, Dr Jessie Hiu, menjadi deponen pertama dipanggil pada prosiding inkues kematian remaja, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, yang bermula hari ini.

Pakar perubatan forensik itu dijadual memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner di sini, pada jam 2 petang.

Dr Hiu adalah seorang daripada empat pakar forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas remaja berusia 13 tahun itu di Hospital Queen Elizabeth di sini, pada 10 Ogos lalu.

Mahkamah turut memaklumkan seramai 68 saksi, termasuk 35 remaja, akan dipanggil sepanjang prosiding inkues yang dijangka berlangsung selama sebulan.

Prosiding itu juga akan membabitkan lawatan ke lokasi kejadian pada 11 September ini, jam 9.30 pagi.

Terdahulu, Zara, 13, ditemukan tidak sedarkan diri di sekolahnya pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia pada keesokannya di Hospital Queen Elizabeth.

Prosiding pada sebelah pagi ditangguhkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top