“Pakcik botak tu bukan gua siottt!” -Joe Flizzow

“Pakcik botak tu bukan gua siottt!” -Joe Flizzow

Sejak semalam, video empat suspek yang dipercayai melanggar dan menyamun pemandu kereta lain telah tular dimedia sosial selepas mangsa sempat merakam tindakan bodoh mereka.

Namun begitu, wajah salah seorang suspek telah menjadi perbualan di media sosial khususnya di Twitter kerana disamakan dengan seorang artis hiphop terkenal Tanah Air iaitu Joe Flizzow.

Pada awalnya, Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak hanya tergelak dan tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut kerana ramai yang menyatakan wajah mereka hampir serupa.

Ramai yang telah berseloroh menggunakan gambar tersebut sehingga Joe Flizzow memuat naik video dengan menafikan bahawa individu yang dimaksudkan dalam rakaman tular itu dirinya.

Perkongsian tersebut mendapat lebih daripada tiga ribu tanda suka dan menjadi hiburan netizen di Twitter. Masing-masing juga meninggalkan komen lucu diruangan komen penyanyi hiphop itu.

Sumber: Joe Flizzow

Scroll to Top