11 November 2025 05:12pm
Masa membaca: 4 minit

Menurut laporan media tempatan, enam mangsa cedera dibawa ke hospital selepas letupan gas di kawasan parkir mahkamah. – Foto: Agensi
ISTANBUL – Beberapa orang cedera dalam insiden “letupan gas” di luar sebuah mahkamah di ibu negara Pakistan, Islamabad, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik penyiar tempatan Geo News.
Kejadian itu berlaku di dalam sebuah kereta yang diletakkan di luar Kompleks Kehakiman di Islamabad.
Menurut laporan ARY News yang memetik polis, sekurang-kurangnya enam orang cedera dan kesemua mangsa telah dibawa ke hospital. Sebuah motosikal turut dilaporkan rosak dalam kejadian itu. – Bernama
Ringkasan AI
- Beberapa orang cedera dalam insiden letupan gas di luar sebuah mahkamah di Islamabad
- Kejadian berlaku dalam kereta di Kompleks Kehakiman di Islamabad
- Sekurang-kurangnya enam orang cedera
- Semua mangsa telah dibawa ke hospital
- Sebuah motosikal rosak dalam kejadian itu



