Pakistan umum langkah jimat bahan api

Pakistan umum langkah jimat bahan api
Pakistan umum langkah jimat bahan api

Kenaikan harga bahan api telah mencetuskan panik dalam kalangan pengguna di negara itu. Foto Agensi

ISLAMABAD – Pakistan mengumumkan langkah menyeluruh untuk mengurangkan impak krisis tenaga susulan lonjakan harga minyak dunia.

Sekolah dan universiti di seluruh negara akan beralih kepada kelas dalam talian untuk tempoh dua minggu akan datang manakala pekerja pejabat diarahkan bekerja dari rumah bagi mengurangkan penggunaan bahan api.

Anggota Parlimen pula akan berdepan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus manakala perbelanjaan kerajaan bakal dikurangkan sebanyak 20 peratus.

Pada minggu lalu, keputusan pemerintah menaikkan harga bahan api kepada AS$0.20 (78 sen) seliter telah mencetuskan kemarahan orang ramai. – Agensi

 

 

Ringkasan AI

  • Pakistan mengumumkan langkah mengurangkan impak krisis tenaga
  • Sekolah dan universiti akan beralih kepada kelas dalam talian untuk tempoh dua minggu
  • Pekerja pejabat diarahkan bekerja dari rumah
  • Anggota Parlimen akan berdepan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus
  • Perbelanjaan kerajaan bakal dikurangkan sebanyak 20 peratus
Scroll to Top