Pameran Karya Pelukis Johor ‘Bangkit’ kumpul karya hebat

Pameran Karya Pelukis Johor ‘Bangkit’ kumpul karya hebat

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor menerusi Yayasan Warisan Johor buat julung kalinya menganjurkan Pameran Berkala: Pameran Karya Pelukis Johor “Bangkit” 2023 bermula pada 1 Oktober hingga 31 Disember ini.

Pengerusi Jawtankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar R. Raven Kumar berkata, tujuh pelukis berjaya dikumpulkan bagi membangkitkan lagi industri kreatif lukisan di negeri Johor.

Pameran Karya Pelukis Johor ’Bangkit’ ini menampilkan tujuh pelukis Johor yang telah menempa nama di negeri ini bagi memartabatkan seni visual dan seni kreatif di Johor. Tujuh pelukis tersebut ialah Ali Mabuha Rahamad, Abdullah Yusof,Yahya Hassan, Ismail Atan, Razali Jaafar, Tay Poi San, dan Kadiman Rujikun.

“Pelukis-pelukis ini digabungkan dalam satu pameran kerana mereka mempunyai kecenderungan yang sama dalam mengangkat nilai-nilai budaya dan jati diri negeri Johor dalam karya mereka.

“Malah, mereka mempunyai inspirasi yang sama dalam menghasilkan karya-karya seni visual selain bangkit bersama dalam mempertahankan kemahiran dan teknik dalam berkarya,” katanya ketika berucap di Majlis Pameran Karya Pelukis Johor Bangkit 2023 hari ini.

Katanya, karya-karya yang di pamerkan ini juga mempunyai tafsiran kebangkitan kepada ekspresi setiap artis serta sebagai lambang kepada mereka terutamanya dengan budaya dan sosial yang indah berserta rakyatnya.

Pameran ‘Bangkit’ ini mempamerkan sebanyak 63 hasil seni karya dari tujuh pelukis yang terlibat.-MalaysiaGazette