Pan Gon gembira dapat skuad idaman

Pan Gon gembira dapat skuad idaman

Kim Pan Gon hadir bagi memantau skuad Harimau Malaya menjalani sesi latihan bagi persediaan menjelang Kejohanan Bola Sepak Piala Asia Qatar 2024 di Wisma FAM pada Selasa. Foto Bernama

PENGENDALI skuad kebangsaan, Kim Pan Gon gembira dengan pemilihan pemain dan menyifatkannya sebagai pasukan terbaik setakat ini, bagi menghadapi saingan Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan.

Menurut Pan Gon, beliau sangat berpuas hati kerana berjaya mengumpulkan semua pemain yang dimahukan kerana skuad Harimau Malaya akan berdepan tugas berat pada kejohanan berprestij yang dijadualkan pada 12 Januari hingga 10 Februari.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu mengakui beliau sedikit terkilan kerana mereka tidak dapat menggunakan khidmat tiga pemain pertahanan – Sharul Nazeem Zulpakar, Azam Azmi Murad dan Muhamad Feroz Baharudin.

“Saya sangat gembira kerana semua pilihan saya dapat, kecuali dua pemain Khairul Nazeem dan Azam Azmi kerana kecederaan, jadi kami tidak boleh pilih, Feroz juga kami cuba dapatkan tetapi dia ada perancangan untuk berkahwin.

Scroll to Top