Pan-gon panggil semula Afiq, Syahmi dan Sumareh

Pan-gon panggil semula Afiq, Syahmi dan Sumareh

Afiq (kiri) kembali berada dalam skuad Harimau Malaya. FOTO: JOHOR SOUTHERN TIGERS

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah menyenaraikan semula tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Muhammad Syahmi Safari, Afiq Fazail dan Mohamadou Sumareh bagi mengharungi aksi Pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Selain ketiga-tiga pemain itu, pengendali dari Korea Selatan tersebut turut memanggil semula penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan pemain pertahanan, Shahrul Saad untuk menyertai kem latihan pusat yang akan bermula Jumaat ini.

Namun, kelibat Muhamad Feroz Baharudin dan Muhammad Syafiq Ahmad hanya diletakkan dalam senarai 26 pemain jika terdapat perubahan dalam senarai utama.

Sebelum ini, Syafiq menyatakan hasrat untuk kembali beraksi bersama skuad Harimau Malaya selepas meledak dua gol ketika diturunkan menentang Perak pada separuh akir kedua Piala Malaysia baru-baru ini.

Scroll to Top