Pan-gon sudah jangka padang akan rosak

Pan-gon sudah jangka padang akan rosak

Keadaan padang Stadium Nasional ketika aksi Malaysia menentang India pada Jumaat. – Foto FLASH SUKAN

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui sudah menjangkakan keadaan padang baharu Stadium Nasional, Bukit Jalil yang akan rosak selepas pertama kali digunakan dalam aksi Pestabola Merdeka ketika aksi Malaysia menentang India pada Jumaat. Menurutnya, keadaan itu adalah perkara biasa yang akan berlaku untuk padang baharu selain menegaskan padang jenis Zeon Zoysia ini adalah lebih baik daripada padang jenis cow grass.

Malah, beliau percaya padang Stadium Nasional itu akan akan menjadi salah satu padang yang terbaik di rantau Asia Tenggara pada masa akan datang.

“Bagi saya, apa yang kita lihat pada malam tadi memang biasa berlaku untuk padang yang baharu. Memang perlukan masa dan kami sudah jangka keadaan seperti ini. Saya percaya, semua pihak yang terlibat sedang bekerja keras dari semasa ke semasa. Saya rasa, kita perlukan sedikit masa lagi untuk menyelesaikan masalah ini.

“Apa pun, padang rumput jenis Zeon Zoysia ini adalah lebih baik daripada padang jenis cow grass yang kita gunakan sebelum ini. Memang ia belum siap sepenuhnya, tapi kita ada Pestabola Merdeka 2023 ini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan pada Jumaat.

Scroll to Top