
Pan-gon (kanan) berkata sesuatu kepada Arif Aiman semasa aksi Pestabola Merdeka baru-baru ini. – Foto FAM
PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon sudah tentu tahu apa yang mahu dilakukannya dalam usaha membentuk pasukan mantap menjelang aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan berlangsung kurang sebulan daripada sekarang.
Bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan berkata, penyokong negara perlu memahami proses yang sedang direncana Pan-gon selain melihat pasukan negara akan bangkit lebih kuat dalam perlawanan akan datang.
Menurutnya, Pan-gon juga mencuba taktikal berbeza tidak seperti kebiasaan dalam dua perlawanan Pestabola Merdeka menang India dan Tajikistan itu dan sudah nampak sejauh mana ia boleh digunakan untuk aksi berdepan pasukan lebih kuat.
“Kita kena percaya kepada proses. Jarang kita dapat lihat Pan-gon menggunakan empat pemain penyerang dalam satu masa.



