Anak selebriti, Eyra Hazali dan penjaga gawang pasukan bola sepak Kuching City, Haziq Nazli dipuji netizen di media sosial apabila lancar membaca surag Ad-Dhuha.
Pandainya mengaji
Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok kinderlive.hq, anak sulung pasangan tersebut, Muhammad Hayder Qhalish, 6 dilihat lancar membaca surah berkenaan sewaktu terlibat dalam program Nuzul Al-Quran tempoh hari.
Hayder juga sepertinya sudah menghafal surah Ad-Dhuha walaupun membuka al-Quran dihadapannya.
Dia dilihat sempat memperkenalkan diri sebelum membaca surah tersebut sehingga selesai.

Bakal menantu ni
Momen tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji Hayder yang bijak mengaji walaupun masih kecil.
Ada juga yang berseloroh mengatakan bahawa Hayder merupakan bakal menantunya dan memuji kelancaran kanak-kanak itu dalam membaca al-Quran.

Hebatlah Hyder

Dah besar dah Hyder

Alhamdulillah pandai mengaji al-Quran

Sekadar info, Eyra Hazali dan Haziq Nazli telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Hayder Qhalish, Muhammad Endra Haqimie dan Muhammad Eskandar setelah mendirikan rumah tangga pada 2019.
Sumber: TikTok kinderlive.hq




