Musim demam bola sudah mula, ramai yang sanggup berjaga tengah malam demi menyokong pasukan kegemaran masing-masing sempena Piala Dunia 2026. Perlawanan kali ini menyaksikan 48 pasukan bersaing, dengan tambahan empat negara yang membuat penampilan sulung iaitu Cape Verde, Curacao, Jordan dan Uzbekistan.
Waktu inilah kita akan dapat melihat para selebriti memakai jersi pasukan kegemaran mereka demi menyatakan sokongan kepada atlet yang bertanding. Malah berikut juga dilampirkan antara selebriti yang memang dikenali sebagai individu yang menggilai sukan bola sepak.

Lisa Blackpink
Ahli BLACKPINK, Lisa, bukan asing dengan dunia bola sepak malam. Malah, kali ini dia juga menjadi salah seorang penyanyi yang membuat persembahan semasa pembukaan rasmi Piala Dunia 2026 dengan lagu Goals. Ketika Piala Dunia FIFA 2026 berlangsung, dia juga mencuri perhatian apabila memuat naik Instagram Story memakai jersi bintang Korea Selatan, Lee Kang-in, sebagai tanda sokongan kepada skuad Taeguk Warriors selepas kemenangan mereka dalam aksi pembukaan.

J-Hope BTS
Walaupun menghampiri hari konsert di Busan, ahli kumpulan BTS iaitu J-Hope menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia secara langsung. Dalam akaun media sosial, penyanyi itu sempat memuat naik foto sebagai bukti sokongan dengan kapsyen,
BTS J-Hope, menjelang sebuah konsert di Busan, memuat naik foto sebagai bukti ‘Fighting, pemain-pemain Korea Selatan!’. BTS juga dijadualkan tampil persembahan separuh masa (halftime show) Final Piala Dunia 2026 bersama Madonna dan Shakira pada 19 Julai ini.

G Dragon
Nampaknya G-Dragon bukan memberikan sokongan biasa-biasa, dia malah terlibat untuk menampilkan reka bentuk pakaian khas pasukan Korea Selatan untuk baju pra-perlawanan dan jaket hasil kolaborasi bersama jenama terkemuka Nike dan Pasukan Bola Sepak Korea Selatan. Baju-baju ini dipakai pemain Korea Selatan semasa sesi ‘warm up’ sebelum perlawanan Piala Dunia.

Karina Aespa
Penyanyi jelita ini juga menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kepada skuad Taeguk Warriors apabila memegang bendera Korea Selatan ketika menyaksikan perlawanan. Malah, menerusi akaun media sosial SNS, penyanyi itu berkongsi kegembiraan atas kemenangan pasukan itu di aksi pembukaan dengan ucapan ‘sangat mengagumkan, saya beri sokongan sepenuh hati dan perlawanan ini buatkan hati saya tersentuh’.

Oh Ha-young Apink
Idol generasi kedua ini menonton perlawanan secara langsung di Mexico. Malah menerusi gambar dimuat naik di Instagram, ahli kumpulan Apink ini menyatakan sokongan rasminya kepada pasukan nasional, Taegeuk Warrior sambil memakai jersi berbaju merah. Malah dia juga menggelar diri sebagai ‘Red Devils’ yang merupakan nama panggilan kepada peminat kelab pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan.




