Asuncion: Tendangan akrobatik yang menakjubkan daripada Antonio Sanabria dan tandukan di separuh masa kedua oleh Omar Alderete memberikan kemenangan 2-1 yang sangat berbaloi buat Paraguay ke atas Argentina dalam kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan pagi tadi.
Argentina mendahului melalui Lautaro Martinez 11 minit selepas sepak mula, tetapi Paraguay segera menyamakan kedudukan hasil hantaran Gustavo Velazquez menemui Sanabria, yang melepaskan tendangan akrobatik membuatkan penjaga gol Emiliano Martinez terkedu.
Pelawat yang terkejut berusaha untuk bangkit dan dua minit selepas rehat, pertahanan Paraguay, Alderete menanduk masuk sepakan percuma.
Juara Piala Dunia, Argentina, kini berada di puncak carta dengan 22 mata dari 11 perlawanan manakala Paraguay naik ke tempat keenam, berkongsi 16 mata dengan Uruguay yang akan bermain pada hari Sabtu.
Enam pasukan teratas dijamin tempat di pusingan akhir Piala Dunia 2026.
© New Straits Times Press (M) Bhd




