Pempengaruh media sosial, Sam Lim dan Parisa Ardina pada Jumaat lalu telah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
BACA: “Saya Akan Buktikan Saya Serius” – Sam Lim Kahwin Dengan Isteri Lepas 6 Bulan Berkenalan
Perkahwinan pasangan ini mengejutkan ramai kerana Sam Lim tidak berkongsi momen berhijrah memeluk agama Islam.
Menerusi satu sesi live, Parisa tampil menjawab persoalan warganet yang ingin tahu tentang proses sebenar untuk memeluk Islam di Malaysia.
Proses masuk Islam tak serumit disangka
Menurut Parisa, sesiapa yang ingin memeluk Islam perlu hadir ke Jabatan Agama Islam untuk mengisi borang dan menandatangan dokumen yang diperlukan.

Antara dokumen penting yang perlu dibawa ialah penyata akaun bank untuk urusan bantuan kewangan kepada mualaf sebanyak RM3,000.
Selepas itu, perlu isi borang rasmi masuk Islam dan dokumen tersebut akan disahkan. Kemudian, awak perlu pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengemaskini kad pengenalan.
Katanya, bantuan RM1,500 diberikan semasa pendaftaran dan RM1,500 selepas menghadiri kelas fardu ain.
Mualaf juga biasanya akan menerima bantuan lain seperti al-Quran, sejadah, kain pelikat dan kurta.
Menurut pempengaruh ini, suaminya kini masih dalam proses mendalami agama Islam dan memohon netizen tidak mengecam.
Sementara itu, tular di TikTok video yang dimuat naik pusat tahfiz memaparkan detik hijrah pempengaruh ini.
Proses hijrah ini disaksikan oleh pelajar-pelajar tahfiz yang memakai jubah putih. Sementara Sam Lim memakai jubah hitam.
Pssttt! Masuk Islam adalah satu perjalanan yang sangat peribadi dan penuh makna. Apa yang penting adalah niat untuk belajar dan berubah ke arah lebih baik. Jangan cepat menghukum, sebaliknya beri ruang dan sokongan kepada mereka yang baru memulakan langkah.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




