Parlimen: Keboleh pasaran graduan TVET meningkat 90.4 peratus

Parlimen: Keboleh pasaran graduan TVET meningkat 90.4 peratus

KUALA LUMPUR: Kebanyakan graduan yang mengikuti kursus Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) berjaya menempatkan diri dalam bidang pekerjaan dengan peningkatan sebanyak 90.4 peratus.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, permintaan itu adalah berdasarkan kebolehpasaran dalam bidang-bidang tertentu, sekali gus menunjukkan graduan TVET yang khususnya merupakan pelajar-pelajar di luar bandar setara dengan pelajar di bandar dalam bidang pekerjaan.

“Terdapat dua elemen soal menaik taraf kehidupan generasi muda, kita tahu bahawa TVET dijadikan sebagai satu platform pentas baru dalam memberikan latihan kepada mereka untuk jangka masa pendek dan panjang dan di dalam hal ini, kebolehpasaran di bawah kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah meningkat 90.4 peratus.

“Mereka dapat kursus TVET berada di tahap kebolehpasaran berdasarkan permintaan daripada pasaran guna tenaga dan kursus yang dibuat kearah itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian menjawab pertanyaan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) yang ingin tahu mengenai perancangan KKDW dalam menaik taraf fasiliti golongan beliau serta menyediakan peluang pekerjaan bagi beliau di luar bandar.

Timbalan Perdana Menteri itu pada 14 Januari lalu berkata, pihaknya telah mengarahkan agensi berkaitan untuk melaksanakan program pendidikan serta TVET berimpak tinggi secara besar-besaran.

Presiden UMNO itu berkata, ia bertujuan meningkatkan lagi keberhasilan pendidikan kemahiran sebagai pemacu perubahan untuk melonjakkan modal insan berkemahiran tinggi dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat. – UTUSAN

Scroll to Top