[PARLIMEN] Kerajaan teliti wujud mekanisme kawal OTA – Utusan Digital

[PARLIMEN] Kerajaan teliti wujud mekanisme kawal OTA – Utusan Digital

KUALA LUMPUR : Kerajaan sedang meneliti keperluan bagi mewujudkan mekanisme untuk mengawal selia industri pelancongan di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini kerana sebelum ini, tiada sebarang undang-undang atau peraturan yang mengawal selia syarikat Online Travel Agent (OTA) di Malaysia.

“Kawal selia ini bukan sahaja boleh memastikan kualiti perkhidmatan dan premis penginapan yang baik, malah turut boleh dijadikan kerjasama antara kementerian dengan pemegang taruh untuk terus meningkatan industri ini ke tahap yang lebih baik.

“Antara lain, sudah pasti melihat isu kadar komisyen yang dikenakan oleh setiap syarikat OTA kepada premis penginapan. Namun kita perlu objektif dalam menimbang perkara ini. Ini kerana pelbagai faktor perlu diambil kira dalam putuskan suatu dasar melibatkan kuasa pasaran menyokong pembangunan digitalisiaasi serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membolehkan sesebuah syarikat berminat tuntuk beroperasi di Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) meminta kerajaan menjelaskan adakah kementerian bercadang menetapkan paras sailing komisyen harga jualan bilik melalui OTA.

Menurut Nancy lagi, ia bukan sahaja menyentuh bidang kuasa Kementerian Pelancongan, malah ia turut melibatkan kementerian lain seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)-UTUSAN ONLINE

 

Scroll to Top