PAS akan umum beberapa perkara di Konvensyen RESET esok

PAS akan umum beberapa perkara di Konvensyen RESET esok

am@hmetro.com.my

Marang: PAS mengakui mengadakan perjumpaan dengan kumpulan RESET diketuai bekas Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, di Rusila, semalam.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan perjumpaan itu tetapi enggan mengulas lanjut hasil perbincangan.

“Memang ada perjumpaan dan saya akan umumkan beberapa perkara pada majlis yang akan diadakan di Tanah Merah, Kelantan, esok.

“Saya mengesahkan hadir dan merasmikan program Konvensyen RESET yang akan diadakan di Tanah Merah, Kelantan, esok,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, di sini, hari ini.

Difahamkan, turut hadir pada perjumpaan itu adalah Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top