PAS perlu buat keputusan jadi kawan atau lawan, kata Pemuda Umno

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata PAS perlu menyatakan sama ada akan terus bersama Umno atau sebaliknya.

KUALA LUMPUR: PAS perlu menyatakan pendirian dengan jelas sama ada bersetuju dan akan mengikuti jejak Presiden PPBM Muhyiddin Yassin untuk bertanding di semua kerusi Parlimen, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf berkata, pendirian dan keputusan PAS itu penting bagi membolehkan Umno khususnya mengenali lebih awal siapakah kawan yang akan dapat membantu dan bersama-sama parti itu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan siapakah lawan yang akan ditentangi.

“Kita akan terus pertahankan Muafakat Nasional (MN) tetapi sudah tentu kita harus bertanya pada sahabat kita PAS, memandangkan pendirian Pengerusi PPBM untuk bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh kita, adakah mereka akan bersama dengan kita atau sebaliknya.

“Ini penting. Sebelum masuk gelanggang perang kita kena tahu siapa musuh dan kawan, kawan yang tidak tikam belakang, kawan yang akan bersama sehingga ke penghujungnya,” katanya dalam ucapan penggulungan sayap Pemuda Umno di Perhimpunan Agung Umno 2020, hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL