am@hmetro.com.my
Marang: PAS akan memilih pemimpin teknokrat sebagai calon Perdana Menteri.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pemimpin yang akan dicalonkan jawatan Perdana Menteri perlu diterima pelbagai pihak dan mampu mengendalikan urusan dan masalah rakyat.
Katanya, pemilihan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Perdana Menteri masih di peringkat cadangan.
“Kita nak pilih pimpinan teknokrat yang mampu diterima pelbagai pihak sebagai calon Perdana Menteri.
“Paling utama dan penting adalah jawatan Perdana Menteri tidak dilantik sebagai Menteri Kewangan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid Rusila, di sini, hari ini.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen berkata demikian ketika mengulas cadangan Pemuda PAS supaya Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebagai calon Perdana Menteri.
Sementara itu, beliau menafikan dakwaan PAS tidak stabil jika jawatan Ketua Pembangkang ditukar.
“Dakwaan PAS tidak stabil jika jawatan Ketua Pembangkang ditukar hanyalah satu andaian dan tidak boleh dijadikan sebagai hukum,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd



