PAS tegur ahli pertikai lantikan Johny Lim, sedia ambil tindakan tatatertib!

PAS tegur ahli pertikai lantikan Johny Lim, sedia ambil tindakan tatatertib!

PAS menegur keras kenyataan Yang Dipertua PAS Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad apabila dilihat mempertikaikan pelantikan Datuk Johny Lim Eng Seng sebagai Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya kerana berketurunan Cina.

Kenyataan berkenaan pertikai lantikan Johny Lim tak mewakili parti

Memetik perkongsian daripada Facebook Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, beliau menegaskan kenyataan itu langsung tidak mewakili parti dan bercanggah dengan dasar serta Perlembagaan PAS.

“Sikap perkauman atau rasisme dalam apa jua bentuk dan warnanya tidak ada tempat dalam PAS, selain tidak cocok dengan budaya besar dan cita-cita kebangsaan negara ini.
Pelantikan Datuk Johny Lim Eng Seng sebagai Leftenan Jeneral ATM adalah peristiwa bersejarah yang sepatutnya diraikan oleh semua rakyat, bukannya dipersoal dan diperlekeh semata-mata kerana latar belakang kaumnya,” tegas beliau dalam kenyataan pada Rabu.

 Jhony Lim

Lantikan Johny Lim bukti kemampuan anak Malaysia

Dalam pada masa yang sama, Takiyuddin turut menyifatkan kejayaan Johny Lim sebagai bukti kemampuan anak Malaysia yang wajar diraikan bersama.

“Kebolehan, pencapaian, kemajuan dan kejayaan mana-mana anak Malaysia dalam apa jua bidang adalah berita gembira untuk semua, bukan sebaliknya,” jelasnya lagi.

Beri peringatan keras buat ahli agar tidak menyentuh isu perpaduan

Sehubungan itu, PAS memberi peringatan keras kepada ahlinya agar sentiasa cermat dan berhati-hati dalam bertindak, terutama melibatkan isu yang menyentuh perpaduan negara.

“Justeru PAS tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli-ahlinya yang melanggar disiplin parti termasuk tingkah laku tidak sensitif yang mencemari cita-cita perpaduan negara dan menimbulkan rasa tidak harmoni serta syak wasangka dalam masyarakat,” ujarnya lagi.

Artikel lain: “Seperti perlekeh kepercayaan ATM dan Agong” – Steven Sim kecam pemimpin PAS persoal pelantikan Johnny

Terdahulu, Zaharudin telah memuat naik hantaran mengulas tentang lantikan Datuk Johny Lim Eng Seng sebagai Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perkara tersebut telah diselar oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai memperlekehkan kepercayaan ATM dan Agong.

Sumber: Facebook Takiyiddin Haji Hassan

Scroll to Top