Pasang bendera terbalik, premis perniagaan di Bukit Bintang disiasat

Pasang bendera terbalik, premis perniagaan di Bukit Bintang disiasat

harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan susulan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah premis perniagaan di Bukit Bintang di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada 12.07 tengah hari semalam.

“Siasatan dibuka di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Pemilik premis dan pekerja yang memasang bendera Malaysia terbabit sudah dirakam percakapan semalam dan siasatan masih berjalan, dalam proses untuk dilengkapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular satu klip di media sosial memaparkan premis terbabit menggantung Jalur Gemilang secara terbalik dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top