Kecoh di media sosial apabila satu cafe tampil mendedahkan perangai tidak senonoh sepasang remaja yang didakwa duduk berdua dalam tandas mereka hampir 40 minit.
Perkara itu didedahkan menerusi satu kenyataan di Instagram Story cafe berkenaan yang menegur perbuatan terbabit.
“Umur Macam Belum Habis Sekolah”

Lebih mengejutkan, pihak cafe turut mendakwa pasangan terbabit masih berusia muda dan mungkin belum menamatkan persekolahan.
Kepada couple yang duduk berdua dalam toilet kami semalam (29/8/25) for almost 40 mins.. we know who you are. Please don’t try it again. Not at our cafe, not at any other cafes. Sila hormat tempat orang.
Isu ini sekaligus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai yang menganggap ia perbuatan memalukan.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pasangan berkenaan kerana dianggap tidak menghormati tempat awam serta mencemarkan nama baik pengunjung lain.
Mereka juga menyokong tindakan cafe yang berani menegur secara terbuka agar kejadian seperti ini tidak berulang.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.