Pasangan influencer ditahan SPRM, dipercayai terpalit isu seleweng kutipan derma

Pasangan influencer ditahan SPRM, dipercayai terpalit isu seleweng kutipan derma

Pasangan influencer ditahan SPRM susulan terpalit isu seleweng kutipan derma petang tadi.

Memetik laporan dari Harian Metro, pasangan suami isteri berkenaan telah ditahan sekitar jam 6.40 petang bagi membantu siasatan berhubung isu kutipan derma yang melebihi jutaan ringgit tidak disalurkan secara betul.

Pasangan influencer akan dibawa ke mahkamah esok

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga memaklumkan yang pasangan terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok bagi tujuan permohonan reman.

“Pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9 pagi esok untuk permohonan reman,” katanya.

pasangan influencer

sekadar gambar hiasan

Artikel lain: Pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa tumbuk kekasih gagal dihubungi polis

Menurut sumber lagi, pasangan suami isteri bekenaan sebelum ini menerusi peguamnya telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan melakukan penyelewengan kutipan derma serta pecah amanah seperti yang ditularkan di media sosial.

Mereka juga telah berkongsi beberapa bukti bagi mengukuhkan penafian tersebut selepas pelbagai tuduhan dilemparkan melalui satu akaun media sosial.

Sumber: Harian Metro