Pasangan Kekasih Disebat 21 Kali Selepas Video Bercium Di TikTok Tular

Pasangan Kekasih Disebat 21 Kali Selepas Video Bercium Di TikTok Tular

Oh! Islam

Pasangan di Aceh dikenakan hukuman sebat 21 kali selepas video bercium di TikTok mencetuskan siasatan pihak berkuasa.


Sepasang kekasih di Aceh, Indonesia dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai selepas didapati melanggar undang-undang syariah.

Kes itu mula mendapat perhatian selepas aksi mereka bercium ketika siaran langsung di TikTok dilaporkan kepada pihak berkuasa sebelum siasatan dijalankan.

Pasangan kekasih disebat di taman awam

Kredit Foto Media Permata

Lelaki dan wanita yang identiti serta umur mereka tidak didedahkan itu masing-masing dikenakan 21 sebatan di sebuah taman awam di Banda Aceh.

Hukuman berkenaan turut disaksikan puluhan orang awam. Lebih mengejutkan, ada penonton yang meminta pegawai pelaksana hukuman supaya menyebat dengan lebih kuat.

Ketua Polis Syariah Banda Aceh, Muhammad Rizal berkata, pasangan itu dikenakan tindakan selepas video mereka bercium ketika membuat siaran langsung di TikTok mencetuskan laporan kepada pihak berkuasa.

Kes pertama libatkan kandungan media sosial

Kredit Foto Janaan AI

Menurut Muhammad Rizal, ini merupakan kali pertama individu di Aceh dikenakan hukuman kerana melanggar undang-undang syariah susulan kandungan yang disiarkan menerusi media sosial.

Di Aceh, perbuatan intim secara fizikal seperti bercium, berpelukan atau bersentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan suami isteri adalah dilarang. Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah.

Dalam pelaksanaan hukuman sama, satu lagi pasangan turut dikenakan 27 sebatan selepas didapati bersalah berkhalwat. Selain itu, dua lelaki masing-masing disebat 29 kali dan lapan kali kerana berjudi.

Pada Mei lalu, pihak berkuasa Aceh turut menyebat dua lelaki dan dua wanita sebanyak 100 kali selepas didapati bersalah melakukan hubungan seks luar nikah.

Pssttt! Apa pun, kes pasangan di Aceh ini jadi peringatan besar buat semua supaya lebih berhati-hati dengan apa yang dibuat dan dikongsi di media sosial. Kadang-kadang satu video yang nampak biasa boleh bawa akibat yang sangat besar, lebih-lebih lagi bila ia melibatkan undang-undang setempat.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top