Oh! Tidak
Pasangan pegawai imigresen didakwa kaut jutaan wang rasuah hingga mampu buka kedai emas mewah di Kuantan.
Kalau korang dengar cerita ni, memang macam drama betul. Bayangkan, pasangan suami isteri yang kerja dalam jabatan imigresen, disyaki hidup mewah hasil rasuah jutaan ringgit.
Dari duit haram tu pula, mereka siap boleh buka kedai emas gah di Kuantan atas nama adik dan anak sendiri. Menurut sumber, pasangan berusia 40-an ni memang pandai main peranan masing-masing.
Si suami kerja di KLIA, jadi muka depan kaunter penguatkuasaan. Dekat situlah dia buat kerja counter setting dengan geng dia, konon nak lepas warga asing yang dokumen tak lengkap.
Sementara tu, isterinya pula dikatakan pernah ditempatkan dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) Pemutihan di Melaka. Dekat situ lah ruang besar untuk dia kaut habuan. Lepas kantoi banyak kes, dia terus dipindahkan ke bahagian lain.
Pegawai imigresen tukar duit haram jadi emas…
Menurut sumber lagi, habuan rasuah yang dikumpul mereka ni memang bukan sikit. Dalam masa empat tahun je, pasangan tu berjaya kumpul beratus ribu ringgit. Duit tu kemudian dilaburkan untuk buka bisnes kedai emas.
Bukan tu je, hasil wang haram tu juga digunakan untuk beli kereta mewah dan barang kemas. Semua aset dan kedai emas tu pula dibuka atas nama adik serta anak mereka sendiri, konon nak elak dikesan pihak berkuasa.
Tindakan cekap SPRM bongkar kegiatan…
Harian Metro pernah dedahkan, ada pegawai penguat kuasa terbabit yang sanggup terima rasuah sehingga RM50,000 sebulan semata-mata untuk lepaskan warga asing masuk Malaysia tanpa ikut prosedur.
Disebabkan itu, SPRM ambil tindakan keras dengan membekukan 57 akaun bank bernilai lebih RM2.7 juta. Selain tu, sembilan akaun syarikat dan wang tunai lebih RM200,000 juga disita dalam operasi khas, Op Rentas.
Pssttt! Bila dengar cerita ni, memang kita rasa geram. Rasuah ni bukan je merosakkan sistem, tapi boleh jatuhkan maruah negara. Korang bayangkan, orang sanggup gadaikan amanah kerja hanya sebab nak hidup mewah sekejap. Ohmedia nak pesan, jangan sesekali gadaikan integriti dengan duit haram. Mungkin nampak senang sekarang, tapi bila kena tangkap, habis hancur semua.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!





