Pasangan Pelakon Popular ‘Kantoi’ Ci*m Mulut Dalam Photobooth?

Pasangan Pelakon Popular ‘Kantoi’ Ci*m Mulut Dalam Photobooth?

Tiada angin tiada ribut, dua pelakon popular dilaporkan ‘kantoi’ melakukan aksi tidak senonoh ketika mengambil gambar di bilik foto (photobooth)  di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.

Difahamkan, kejadian itu telah dilaporkan oleh orang awam selepas foto mesra mereka ditampal bersama foto pelanggan lain dan telah dikirimkan kepada sebuah portal hiburan sebagai bukti.

Menurut sumber, gambar yang dirakam itu jelas memperlihatkan pasangan selebriti berkenaan saling berpelukan mesra malah turut dilihat mencium pipi satu sama lain.

“Waktu itu saya jalan-jalan dan saja lah nak tengok gambar-gambar yang ada di photobooth itu. Saya tengok semua gambar yang ada dan nampak gambar itu tertampal dekat dinding yang memaparkan gambar orang lain juga.

“Saya terkejut kenapa sampai macam tu? Dia kan artis patut tunjuklah contoh yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, pasangan selebriti berkenaan dikatakan bukan calang-calang kerana kedua-duanya aktif dalam dunia lakonan dan mula mencuri perhatian menerusi drama lakonan mereka.

Selain itu,  pelakon lelaki tersebut merupakan bekas peserta pencarian bakat popular, manakala aktres berkenaan pula berasal dari Sabah.

 

Sumber: mStar

Scroll to Top