Pasangan Tunang Kantoi ‘Check In’ Di Hotel, Rancang Nikah Hujung Tahun Nanti

Pasangan Tunang Kantoi ‘Check In’ Di Hotel, Rancang Nikah Hujung Tahun Nanti

Oh! Tidak

Tak sabar tunggu nikah agaknya, pasangan tunang ditahan di hotel Yong Peng Johor pada tengah malam.


Pasangan bertunang ditahan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas didapati berada di bilik hotel pada jam 12 tengah malam.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, ketika bilik hotel diserbu pasangan itu menjawab mereka sudah bertunang dan dijangka berkahwin dalam 2 hingga 3 bulan lagi.

Pasangan tunang kantoi check in hotel

tunang

Difahamkan, pasangan berusia 30-an itu tinggal tidak jauh daripada hotel tersebut. Dalam perkongsian itu, Penguatkuasa JAINJ berseloroh berkata mungkin pasangan itu ke hotel untuk berbincang tentang persiapan majlis perkahwinan yang masih belum selesai.

Dalam serbuan di tempat sama, satu lagi pasangan kekasih berusia 20-an turut dicekup berkhalwat. Pasangan itu menyatakan bakal bertunang.

Ibu bapa dinasihati awasi anak

Jainj

Penguatkuasa JAINJ menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka dengan pergerakan anak-anak, terutamanya apabila keluar waktu malam bersama pasangan.

Jangan jadikan alasan bertunang untuk bebas keluar sehingga ke hotel lewat malam kerana ia boleh membawa kepada salah faham dan tindakan undang-undang.

Jika ditangkap khalwat, pasangan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

Pssttt! Ikatan pertunangan bukan tiket untuk bebas berdua-duaan di tempat sunyi sehingga menimbulkan fitnah. Lebih baik dipercepatkan perkahwinan untuk elak perkara yang tak diingini.

Kredit: Facebook Penguatkuasa JAINJ 2025
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top