Oh! Tidak
Pasangan tunang di Johor Bahru tinggal sebilik di rumah keluarga sebelum diserbu penguat kuasa.
Tular di media sosial perkongsian daripada Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) yang berjaya menahan sepasang tunang di sebuah rumah di Johor Bahru kira-kira jam 2 pagi selepas menerima aduan awam daripada penduduk sekitar.
Ketika serbuan dijalankan, pintu rumah dibuka oleh seorang wanita berusia 40-an berpakaian baju kelawar.
Bilik berkunci, rupanya tinggal bersama tunang

Difahamkan, penguat kuasa mengambil masa hampir lima minit mengetuk sebelum dibenarkan masuk ke rumah tersebut.
Dalam masa yang sama, anak-anak wanita berkenaan dilihat belum tidur dan sedang bermain permainan video di ruang tamu.
Sewaktu pemeriksaan dilakukan, satu bilik didapati berkunci dan apabila dibuka, seorang wanita muda berumur dalam lingkungan 20-an bersama seorang lelaki berumur 30-an ditemui sedang duduk di atas katil. Kedua-duanya berpakaian kasual dan mengaku merupakan pasangan tunang.
Lelaki berstatus duda anak satu itu dikatakan sering berkunjung ke rumah berkenaan walaupun mereka belum menetapkan tarikh untuk bernikah.
Ibu tahu tapi pilih untuk diam

Apa yang mengejutkan, ibu kepada wanita itu mengaku tahu tentang tindakan anaknya membawa lelaki masuk ke rumah tetapi tidak menegur kerana bimbang anak terasa hati dan merajuk.
Kata penguat kuasa tersebut, sikap seperti ini amat membimbangkan kerana boleh membuka ruang kepada perbuatan maksiat berlaku dalam rumah tangga.
Pssttt! Dalam situasi sekarang, kasih sayang ibu bapa memang penting, tapi jangan sampai terlalu lembut sampai anak lupa batas agama. Bertunang bukan tiket untuk bebas berdua-duaan seperti suami isteri. Semoga jadi pengajaran buat semua agar tidak leka dengan alasan cinta.
Kredit: Facebook Penguatkuasa JAINJ 2025
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




