Orang ramai dikejutkan dengan penemuan sepasang suami isteri warga emas yang meninggal dunia di sebuah rumah kedai di Kampung Sungai Ruan, Raub tengah hari tadi.
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa mayat adalah Wong Tong Seng berusia 75 tahun.
Tiada unsur jenayah, rumah dalam keadaan baik

Mayat itu ditemui dalam keadaan terbaring dan sudah berulat di hadapan sinki dapur, manakala isterinya, Loh Kam Ngo berusia 73 tahun ditemui terbaring di bucu katil dalam bilik tengah rumah berkenaan.
Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dan keadaan rumah berada dalam keadaan baik.
Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raub mendapati kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat Sindrom Koronari Akut (serangan jantung).
Warga emas hidap penyakit kronik

Difahamkan, Kam Ngo menghidap penyakit Parkinson sejak 20 tahun lalu, manakala suaminya pernah menerima rawatan jantung di Klinik Kesihatan Ulu Gali. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Pssttt! Sayangi warga emas di sekeliling kita. Pantau kesihatan mereka dan jangan abaikan tanda-tanda awal penyakit serius. Kadangkala, sedikit perhatian mampu menyelamatkan nyawa.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.