Pasar Besar Siti Khadijah Akan Dibaik Pulih Dengan Peruntukan Keseluruhan RM7 Juta | Oh! Media

Pasar Besar Siti Khadijah Akan Dibaik Pulih Dengan Peruntukan Keseluruhan RM7 Juta | Oh! Media

Tak lama lagi Pasar Besar Siti Khadijah akan dibaik pulih selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM5.5 juta. 

Menurut laporan Sinar Harian, sebelum ini kerajaan hanya meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk baik pulih bumbung, proses mengecat serta baik pulih struktur konkrit yang merekah.

Tapi disebabkan masih lagi ada proses lain yang perlu dilakukan termasuklah projek membabitkan kebersihan, tandas, baik pulih bumbung dan pendawaian yang perlu ditukar, Anwar menjadikan keseluruhan peruntukan RM7 juta untuk Pasar Besar Siti Khadijah setakat ini.

Bukan tu jer, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga diarahkan untuk memantau serta menyegerakan projek itu.

Jika projek ini perlu ditender sekali pun, ia mesti dilakukan dengan cepat. Ini kerana Pasar Besar Khadijah menjadi tumpuan orang ramai.

Di sini terdapat seramai 1,500 peniaga dan apa yang kita usahakan ini demi mengenangkan ribuan peniaga di sini.

Korang pernah pergi dan apa yang selalunya korang cari kalau pergi Pasar Besar Siti Khadijah.


Scroll to Top