Pasaraya Pantai Timor lengkapkan pembangunan Bandar Baru Machang

Pasaraya Pantai Timor lengkapkan pembangunan Bandar Baru Machang
Pasaraya Pantai Timor lengkapkan pembangunan Bandar Baru Machang

Hilmi (tengah) dan Teik Ee (tiga dari kiri) melawat operasi hari pertama Pasaraya Pantai Timur Machang. Foto: Pasaraya Pantai Timor

MACHANG – Pembukaan Pasaraya Pantai Timor di Bandar Sri Mentara di sini kini melengkapkan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan itu sekali gus memberikan pilihan membeli-belah yang selesa dan moden kepada masyarakat setempat.

Pasaraya dua tingkat itu dijangka menjadi destinasi utama penduduk Machang untuk membeli-belah dengan suasana yang kondusif dan harga berpatutan.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk lif, eskalator dan ruang yang luas, membolehkan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih selesa.

Pengarah Pasaraya Pantai Timor, Leong Teik Ee berkata, pihaknya berbesar hati dapat menyumbang kepada pembangunan bandar baru ini dan memberi impak positif kepada ekonomi masyarakat setempat.

“Kami berusaha menyediakan pengalaman membeli-belah yang selesa, praktikal dan mampu milik untuk semua pelanggan kami,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian pasaraya.

Hilmi (kiri) ketika meninjau barangan basah di pasaraya Pantai Timor. Foto: Pasaraya Pantai Timor

Hilmi (kiri) ketika meninjau barangan basah di pasaraya Pantai Timor. Foto: Pasaraya Pantai Timor

Majlis tersebut dirasmikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah dengan kehadiran Ketua Jajahan Machang, Mohd Zamri Ibrahim.

Lokasi pasaraya yang strategik, berhampiran terminal bas serta pasar utama, memudahkan akses kepada pengunjung dan menambah nilai kepada kawasan sekitarnya.

Dalam ucapannya, Hilmi menyambut baik pembukaan Pasaraya Pantai Timor dan menekankan manfaat ekonomi yang bakal diterima oleh masyarakat setempat.

“Pantai Timor bukan sahaja melengkapkan pembangunan bandar baru ini, tetapi turut memberi kesan positif kepada sektor hartanah dan ekonomi tempatan.

“Kewujudan pasaraya moden ini dijangka meningkatkan nilai kawasan dan membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada penduduk,” katanya.

 

Ringkasan AI

  • Pembukaan Pasaraya Pantai Timor di Machang melengkapkan pembangunan ekonomi dan sosial di Bandar Sri Mentara
  • Pasaraya menyediakan kemudahan seperti lif, eskalator dan ruang yang luas untuk pengalaman membeli-belah yang selesa
  • Leong Teik Ee menyatakan pasaraya tersebut berkesan dalam memberi impak positif kepada ekonomi masyarakat setempat
  • Majlis perasmian dihadiri oleh Exco Kerajaan Tempatan Kelantan, Hilmi Abdullah dan Ketua Jajahan Machang, Mohd Zamri Ibrahim
  • Lokasi pasaraya yang strategik dijangka meningkatkan nilai kawasan dan membuka lebih banyak peluang perniagaan
Scroll to Top