Petaling Jaya: Harian Metro (HM) menerusi pasukan Metro Rangers muncul juara pada Kejohanan Boling sempena Karnival Sukan Media Prima Berhad (MPB) 2024 di Wangsa Bowl, Bandar Utama petang semalam.
Metro Rangers diwakili Pengarang Berita HM, Mohd Jamilul Anbia Md Denin, wartawan, Fairul Asmaini Mohd Pilus dan Asrizal Aris, serta juruvideo Shahrul Redzuan Zulkifli.
Sebanyak 32 pasukan daripada pelbagai jabatan di Kumpulan Media Prima bersaing dalam acara berkenaan.
Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan piala. Tempat kedua dimenangi Kelab Media Prima (MPC 3 in 1) membawa pulang wang tunai RM800 sementara tempat ketiga menjadi milik pasukan GHR B dari Jabatan Sumber Manusia memenangi wang tunai RM500.
Sementara itu, kategori individu lelaki dimenangi wakil dari Metro Rangers iaitu Asrizal Aris, manakala kategori wanita digondol Sharifah Omar dari pasukan Omnia.
Hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar Sumber Manusia Kumpulan Media Prima, Nor Arzlin Redzwan.
Nor Arzlin dalam ucapannya menzahirkan terima kasih kepada sokongan peserta dan menyifatkan program ini dapat mengeratkan ukhwah dalam kalangan staf pelbagai jabatan di kumpulan Media Prima.
Selain boling, karnival sukan antara jabatan ini turut mempertandingkan acara badminton, futsal, bola tampar dan golf.
© New Straits Times Press (M) Bhd



