Kadang-kadang bila dengar kes pelajar meninggal dunia, hati memang terus rasa sayu. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan pelajar muda yang baru Tingkatan 1, macam kes Zara Qairina Mahathir di Sabah ni.
Sekarang, siasatan kes ni makin terbuka bila pihak berkuasa mula mengesyaki ia ada kaitan dengan perbuatan buli.
Siasatan kes Zara Qairina mula fokus kepada buli…
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar memberitahu, dapatan awal pasukan task force berdasarkan keterangan yang telah diambil setakat ini membawa petunjuk bahawa ada unsur buli sebelum kejadian berlaku.
Beliau berkata, susulan perkembangan ini, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan bagi menyiasat perkara tersebut dengan lebih lanjut.
Tambahnya lagi, siasatan masih diteruskan dan dalam masa terdekat, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dari sudut jenayah untuk tindakan seterusnya.
Buat masa ini, pihak berkuasa masih mengumpulkan bukti dan keterangan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan untuk keluarga mangsa.
Pssttt! Kes buli ni memang tak boleh dipandang ringan, korang. Walaupun nampak macam gurauan atau cubaan ‘mengusik’, kesannya boleh jadi sangat teruk sampai meragut nyawa. Kalau korang nampak atau tahu ada kes buli, jangan diamkan diri. Laporkan pada guru, pihak sekolah atau terus kepada polis. Ingat, diam tu kadang-kadang sama je macam bersubahat.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!