Paul tak serik, mahu bertarung semula

Paul tak serik, mahu bertarung semula

London: Promoter Jake Paul mendedahkan siapa yang ingin ditemui ‘The Problem Child’ dalam pertarungan seterusnya selepas tewas kepada Anthony Joshua, 19 Disember lalu.

Paul dijangka tidak akan kembali sehingga penghujung 2026, selepas mengalami kecederaan patah rahang dalam pertarungannya dengan Joshua.

Kecederaan itu berlaku akibat pukulan kanan dahsyat daripada bekas juara dunia heavyweight dua kali itu pada pusingan keenam daripada lapan pusingan perlawanan di Miami, Florida.

Pertarungan itu adalah yang paling sukar dalam kerjaya profesional Paul yang kini sudah mengharungi 14 perlawanan.

Bekas bintang Disney Channel yang kini menjadi pencipta kandungan YouTube itu memulakan perjalanan karier tinjunya sebagai pelumba amatur pada 2018, dengan kemenangan ke atas Deji Olatunji.

Promoter dan rakan kongsi perniagaan Paul, Nakisa Bidarian, memberi sedikit gambaran mengenai siapa yang mungkin akan dihadapi petinju berusia 28 tahun itu selepas ini.

“Kami belum berbincang mengenai tarikh, tetapi jika dia ingin kembali pada 2026, dia sudah membuat hantaran yang berbunyi: ‘Masa untuk pulih. Kembali ke cruiserweight. Siapa yang anda mahu saya lawan?’

“Jadi saya percaya itulah impiannya, tetapi saya juga mahu dia melalui tempoh bertenang dahulu. (Ia akan) terasa sedikit lebih baik untuk berbincang dengannya. Tidak perlu tergesa-gesa mengenai siapa lawan seterusnya.

“Tommy Fury adalah antara lawan yang mahu ditemuinya selepas tewas pada perlawanan terdahulu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top