Pelakon jelita, Amelia Henderson atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson kembali menjadi bualan netizen sekali lagi apabila dia tampil dengan pakaian yang mencolok mata.
Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson memuat naik beberapa foto di laman Instagram yang memaparkan dia memakai baju denim sehingga menampakkan lurah buah dada dan berseluar panjang.
“Hari yang redup,”tulis aktres berusia 28 tahun di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Seperti biasa, hantaran berkenaan mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet terutama kaum lelaki ‘miang’, siap mengatakan sudah mempunyai ‘stok’ bagi memuaskan nafsu.
Tidak kurang juga ada netizen mencadangkan pelakon filem Pulau itu membuat akaun Only Fans sekiranya mahu ‘belanja’ foto sedemikian.
Dalam masa sama, warganet turut mempertikaikan ‘sebab’ Amelia berkongsi gambar sedemikian memandangkan tidak memiliki ‘aset besar’.
Foto berkenaan turut dimuat naik semula dan dikongsi oleh sebuah portal hiburan sehingga meraih banyak reaksi di kalangan warga Facebook.
Kebanyakkan warganet menyifatkan ‘aset’ yang dimiliki oleh bekas isteri kerabat Diraja Kedah itu seperti harga ‘menu Rahmah’ yang diperkenalkan oleh kerajaan sebagai salah satu usaha meringkankan beban ditanggung oleh rakyat.
Bukan itu sahaja, mereka turut menyamakan ia dengan sesuatu menu makanan seperti nasi lemak dan roti canai.