hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan segala tindakan berkaitan urusan perolehan secara profesional, telus, dan berintegriti.
Ketua Polis Negara, Datuk Sri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya mengambil maklum sepenuhnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri berhubung isu perolehan.
Susulan itu, beliau memberi jaminan bahawa PDRM akan mengambil segala tindakan yang perlu secara profesional, telus, dan berintegriti.
“PDRM akan melaksanakan segala tindakan selaras dengan undang-undang, dasar, serta arahan yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, PDRM akan memastkan setiap proses yang dijalankan mematuhi prinsip tadbir urus yang baik.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, semua keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.
Beliau berkata kerajaan melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula semua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada.
© New Straits Times Press (M) Bhd




