PDRM, MCMC pergiat usaha kesan individu miliki, edar bahan lucah, CSAM

PDRM, MCMC pergiat usaha kesan individu miliki, edar bahan lucah, CSAM

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mempergiatkan usaha mereka untuk menjejak individu yang memiliki, menyimpan dan mengedar bahan lucah serta bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak (CSAM).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya juga akan terus menjalankan Op Pedo dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan berkenaan.

“Kita bekerjasama dengan MCMC bagi mengesan dan mendapatkan maklumat berkaitan, PDRM juga sedang mengenal pasti sama ada terdapat penglibatan sindiket dalam kegiatan berkenaan atau dilakukan secara individu.

“Individu lain yang terlibat dalam kegiatan ini juga sedang dikesan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan ini juga boleh menyalurkannya kepada PDRM bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Semalam, Razarudin dalam kenyataannya berkata seorang warga emas antara 13 lelaki ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan seksual secara dalam talian melibatkan CSAM dalam Op Pedo Isnin lalu.

Razarudin berkata, suspek berumur 74 tahun itu dan 12 yang lain ditahan dalam operasi bersepadu bersama MCMC di enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu.

Turut dirampas dalam op berkenaan adalah 40,000 CSAM dan bahan pornografi dewasa selain tujuh komputer, 11 telefon bimbit, sembilan router, tujuh modem serta masing-masing satu komputer riba, cakera video digital dan cakera keras.

Op Pedo: 13 lelaki ditahan di seluruh negara

Warga emas antara ditahan dalam Op Pedo

Op Pedo: 40,000 bahan CSAM, pornografi dirampas

Lelaki mengaku miliki Bahan Penderaan Seksual Kanak-Kanak

Op Pedo: Lelaki kantoi ada folder pornografi budak di komputer

Bahan lucah kanak-kanak ditemui di kawasan perumahan mewah

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top