PDRM Terima Lima Laporan Polis Ke Atas Presiden Umany

PDRM Terima Lima Laporan Polis Ke Atas Presiden Umany

Oh! Negara

PDRM siasat kenyataan Presiden Umany tentang program matrikulasi selepas lima laporan polis diterima.


Bila sebut pasal isu pendidikan, memang cepat je jadi panas. Baru-baru ni, kecoh bila Presiden University of Malaya Association of New Youth (Umany), Tang Yi Ze buat kenyataan yang menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) supaya hapuskan program matrikulasi.

Dia cadangkan supaya hanya Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijadikan laluan utama ke universiti awam. Kenyataan tu memang terus tarik perhatian ramai sampai ada yang tak puas hati dan bertindak buat laporan polis.

Lima laporan polis dibuat ke atas Presiden UMANY…

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, pihak polis mula terima laporan pertama pada 12 September lepas.

Tak lama lepas tu, empat lagi laporan polis diterima berhubung perkara sama daripada pihak yang rasa kenyataan Tang Yi Ze ni tak patut.

Katanya, kenyataan tu boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap sistem pendidikan negara. Lebih teruk lagi, ia boleh cetuskan ketidakpuasan hati masyarakat serta kegentaran awam.

Disiasat bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi…

Datuk M Kumar menjelaskan kes ini disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan. Seksyen ini libatkan kesalahan membuat kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam serta menimbulkan ketakutan.

Selain itu, siasatan juga dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu berhubung penggunaan tak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Polis beri peringatan tegas…

Dalam masa sama, PDRM menegaskan mereka takkan berkompromi dengan mana-mana kenyataan yang boleh kacau ketenteraman awam. Apa-apa isu macam ni akan disiasat ikut undang-undang yang ada.

Masyarakat juga diingatkan supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab bila keluarkan kenyataan di ruang awam, termasuklah media sosial.

Pssttt! Kadang-kadang niat kita nak beri pandangan, tapi cara sampaikan boleh jadi isu besar bila melibatkan sensitiviti masyarakat. Jadi sebelum korang post atau cakap sesuatu, fikir dulu kesannya. Silap langkah, boleh makan diri.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top