
Pearly (kiri) dan Thinaah kalah kepada beregu China dalam saingan Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa. Foto FB BAM
PEMAIN wanita negara, Pearly Tan mengakui dapat beraksi dengan tenang setelah kerap berdepan kecederaan, biarpun dia dan pasangannya, M Thinaah tewas pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa.
Malah Pearly juga merasakan ada perubahan positif dalam corak permainan mereka dan optimis mampu beraksi dengan lebih baik pada kejohanan akan datang.
Mereka terpaksa akur setelah kalah kepada Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China 20-22, 15-21 dalam kejohanan berstatus Super 1000 itu.
“Saya sangat gembira kerana sudah lama bermain dalam keadaan cedera. Pada aksi hari ini (Selasa), saya beri semuanya seperti ketika latihan.



