sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah menepati ramalan untuk muncul juara selepas mengalahkan pasangan Jepun, Hinata Suzuki-Nao Yamakita pada final Terbuka Denmark 2026, sebentar tadi.
Namun, kemenangan itu tidak diraih dengan mudah apabila lawan tetap memberikan tentangan sengit. Bagaimanapun, Pearly-Thinaah yang turun selaku pilihan kedua berada di kelas tersendiri dengan prestasi meyakinkan untuk menang dua set berturut-turut 21-18, 21-11 dalam tempoh 36 minit.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di SJF Bank Arena, Odense, hari ini, Suzuki-Yamakita cuba memberikan tentangan sengit terutama pada set pertama sebelum berusaha bangkit pada set kedua. Namun, perbezaan pengalaman ternyata membezakan kedua-dua pasangan itu.
Kemenangan itu membolehkan beregu nombor lima dunia berkenaan mengulangi kejayaan pasangan negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang muncul juara pada 2008.
Kejayaan itu turut membolehkan Pearly-Thinaah meraih gelaran kedua tahun ini selepas muncul juara pada Masters Indonesia awal tahun ini.
Selaku juara, Pearly-Thinaah akan membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah AS$ 70,300 (RM 287 000) sementara naib juara pula meraih hadiah wang tunai AS$ 33,250 (RM136 000).
© New Straits Times Press (M) Bhd




