Pearly-Thinaah kini intai slot ke separuh akhir

Pearly-Thinaah kini intai slot ke separuh akhir

aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah tidak berdepan masalah mara ke suku akhir selepas menundukkan wakil Indonesia, Lanny Tria Mayasari-Siti Fadia Silva pada pusingan ketiga Kejohanan Dunia di Adidas Arena, sebentar tadi.

Gandingan nombor dua dunia itu menampilkan aksi bertenaga untuk menamatkan cabaran lawan yang berada di ranking ke-14 dunia dengan kemenangan mudah 21-12, 21-11 dalam tempoh hanya 29 minit.

Juara Terbuka Thailand itu jelas berada di kelas tersendiri apabila mengawal rentak permainan dari awal tanpa memberi ruang buat pasangan Indonesia itu bangkit sepanjang perlawanan.

Kemenangan itu sekali gus melebarkan rekod pertemuan memihak kepada mereka dengan empat kemenangan daripada lima pertemuan sebelum ini.

Ia juga menjadi tonik terbaik buat Pearly-Thinaah yang kini memburu penampilan bersejarah di pentas final selepas beberapa kali terkandas di peringkat separuh akhir pada kejohanan utama sebelum ini.

Menanti mereka di suku akhir ialah pemenang antara bekas juara dunia dari Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto atau pasangan adik beradik Bulgaria, Gabriela-Stoefa Stefani Stoeva.

tamat

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top