‘Pecut lebih laju ke Paris 2024’

‘Pecut lebih laju ke Paris 2024’

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menuntut para atlet Podium ‘memecut lebih laju’ dalam perjalanan meraih tiket Sukan Olimpik Paris 2024 yang berbaki 193 hari lagi.

Beliau mahu para atlet negara mengambil serius cabaran tersebut kerana ia merupakan peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan.

Malah, beliau juga tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa di atas kegagalan skuad badminton negara dalam saingan Terbuka Malaysia yang menutup tirai pada Ahad.

Ia susulan perjalanan para pemain negara hanya bertahan pada peringkat suku akhir setelah beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pasangan lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tewas kepada lawan masing-masing pada Jumaat.

Scroll to Top