Kisah pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias dikatakan terkena sihir telah beberapa kali kita dengar. Beliau juga memaklumkan mengalami pelbagai sakit misteri sejak beberapa tahun yang lalu dan sehingga kini masih menanggung derita tersebut.
Namun, beliau tetap gigih dan kuat meneruskan kerja dakwah dengan mengadakan ceramah secara berdepan serta membuat live di media sosial.
Dalam salah satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @hafizlatif90, dia telah memuat naik satu hantaran potongan video siaran langsung ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kazim yang secara tiba-tiba terpaksa diberhentikan.
Hal tersebut dilakukan demi memberi ruang untuk beberapa jemaah membantu seorang wanita yang tiba-tiba meracau.
@hafizlatif90 Ya Allah lindungilah perjuangan ustaz @UstazKazimOfficial …hebatnya dugaan dan ujian…MasyaAllah
Dalam video tersebut, dapat didengar suara sorang wanita pertengahan usia mengeluarkan kata-kata kesat sehingga Ustaz Kazim terpaksa meminta jemaah lelaki memegangnya agar tidak mencetuskan huru hara yang mungkin boleh mencederakan dirinya sendiri.
Pegang mat, pegang.. sekejap ya, ada mak cik ‘tidak sihat’ dalam kelas kita,” kata ustaz.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet beranggapan bahawa mungkin ada perbuatan tidak baik dihantar kepada pendakwah itu ketika beliau sedang menyampaikan ceramah.
Oleh sebab itu, kebanyakan mereka telah mendoakan agar Ustaz Kazim terus dilindungi daripada sebarang perbuatan khianat dan wanita yang meracau ketika itu diberi kesembuhan.
Sumber: TikTok @hafizlatif90