Trending
47 klien positif methamphetamine dan siasatan mendapati terdapat pelanggaran arahan dari pegawai AADK.
Isu 47 klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang, Kedah yang positif methamphetamine akhirnya membuka satu pendedahan mengejutkan.
Siasatan mendapati wujud pelanggaran arahan apabila pegawai AADK bawa masuk dadah ke dalam pusat pemulihan tersebut.
Kes ini bukan sahaja mencetuskan persoalan besar terhadap integriti, malah terus mengheret tindakan tegas terhadap pegawai terlibat.
EAIC dedah ada pelanggaran arahan

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memaklumkan bahawa pegawai terlibat telah ditukarkan dan kini dalam proses tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Tatakelakuan dan Tatatertib) 1993.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya turut menjalankan pemeriksaan dan ujian saringan air kencing secara mengejut di seluruh PUSPEN bagi memastikan persekitaran pusat pemulihan benar-benar bebas daripada penyalahgunaan dadah.
AADK juga akan menyusuli tindakan berdasarkan syor-syor penambahbaikan daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi memperkukuh sistem kawal selia, memantapkan prosedur operasi standard (SOP) serta memperkasa kepatuhan integriti di semua fasiliti AADK khususnya di PUSPEN.
Pada Khamis, EAIC melaporkan hasil siasatan kes tersebut dijalankan selaras dengan subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

EAIC dalam kenyataan memaklumkan bahawa terdapat pelanggaran arahan berhubung larangan membawa masuk bahan terlarang ke dalam PUSPEN yang dilakukan oleh pegawai ketika bertugas.
Berikutan itu, Ruslin menegaskan AADK memandang serius laporan berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar integriti atau undang-undang negara.
Pssttt! Apabila pegawai AADK sendiri bawa masuk dadah ke pusat pemulihan, ia jelas satu pengkhianatan terhadap sistem yang sepatutnya membantu individu pulih. Tindakan pertukaran dan tatatertib memang perlu, namun lebih penting ialah memastikan perkara seperti ini tidak berulang demi menjaga kepercayaan rakyat.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




