harisfadli@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Polis masih belum menerima laporan daripada mangsa atau pihak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berhubung dakwaan kes pegawai kadet cedera mereka dibuli senior.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menjalankan siasatan sekiranya ada laporan dibuat oleh pihak terbabit.
“Kita masih menunggu laporan dari kedua-dua pihak,” katanya hari ini.
Terdahulu media melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada PDRM untuk menyiasat kes buli membabit seorang pegawai kadet di UPNM.
Sebelum itu Harian Metro melaporkan seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), UPNM, Sungai Besi dipercayai menjadi mangsa buli dan dera, baru-baru ini.
Menurut sumber, difahamkan mangsa yang mengambil jurusan kejuruteraan menjadi mangsa buli penuntut senior dan cedera dipercayai ditekap seterika.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM)dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan
menyiasat dakwaan berkenaan dan mengambil maklum berhubung laporan media yang tular.
© New Straits Times Press (M) Bhd

