am@hmetro.com.my
Nilai: Seorang wanita maut selepas dikatakan ditikam suaminya di sebuah unit rumah kakitangan kerajaan dekat sini, malam ini.
Kejadian dipercayai berlaku 7.30 malam yang mana mangsa seorang pegawai kerajaan berusia 35 tahun.
Sehingga jam 11 malam tadi, pihak polis termasuk Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan masih berada di lokasi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya mengesahkan kejadian itu dan akan memaklumkan butiran kejadian dalam masa terdekat.
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd



![[UPDATE] Polis sahkan pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami [UPDATE] Polis sahkan pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pegawaikastam_HMfield_image_socialmedia.var_1792082815.jpg)
