Bila cerita rumah tangga pemain bola sepak terkenal jadi bualan, memang cepat je tersebar macam api. Sama juga dengan kisah perkahwinan Faisal Halim dan isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril.
Ramai netizen buat spekulasi, siap tuduh kononnya perceraian mereka sebab duit dan keadaan fizikal Faisal dah tak sama. Tapi betul ke?
Peguam isteri Faisal Halim dedah punca sebenar…
Peguam kepada Nur Syazwani, Roshdan Sujak Rafie, tampil menafikan dakwaan yang kata anak guamnya fail cerai kerana masalah kewangan atau perubahan pada fizikal Faisal.
Saya ada baca komen netizen mengatakan anak guam fail cerai kerana Faisal tiada duit dan sudah tidak handsome (kacak), semua ini tidak benar. Saya dimaklumkan mereka sudah tiada persefahaman.- Katanya kepada Harian Metro.
Menurut Roshdan lagi, pasangan ini dah tak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu. Jadi, punca sebenar yang buat rumah tangga retak adalah kerana tiada lagi persefahaman antara mereka.
Nur Syazwani dah bersedia hadapi perhatian ramai…
Ditanya tentang keadaan Nur Syazwani sekarang, Roshdan menjelaskan anak guamnya berada dalam keadaan baik. Katanya, Syazwani dah bersedia sebab dia tahu orang ramai, terutama peminat bola, mesti nak tahu perkembangan mereka.
Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, peguam Faisal maklumkan pemain Selangor FC itu pernah melafazkan talak di luar mahkamah dan kemudian rujuk kembali.
Anak guam saya memfailkan permohonan cerai, cuma dalam prosiding semalam peguam Faisal memberitahu anak guamnya pernah melafazkan cerai dan rujuk sesama mereka, jadi perlu ada pengesahan dan bicara terlebih dahulu untuk tentukan jumlah talak.- Jelas Roshdan.
Buat masa ini, isu hak penjagaan anak tunggal mereka, Khalish Aryan, masih belum dibincangkan kerana fokus utama sekarang adalah pengesahan lafaz cerai luar mahkamah.
Peguam Faisal Halim turut sahkan punca cerai…
Peguam Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, turut mengesahkan punca perceraian disebabkan tiada persefahaman.
Ya, itu yang diberitahu sebab tiada persefahaman.- Katanya ringkas.
Menurutnya lagi, Faisal mendakwa pernah melafazkan cerai pada 15 Jun lalu dan rujuk kembali sehari kemudian. Disebabkan lafaz dan rujuk itu tak didaftarkan, maka pengesahan mahkamah perlu dibuat terlebih dahulu.
Kes ini akan disebut semula pada 16 Oktober depan.
Pssttt! Kadang-kadang, orang luar hanya nampak indahnya sesuatu hubungan tanpa tahu apa yang berlaku di dalam rumah tangga tu. Apa yang penting, jangan cepat buat tuduhan atau sebar cerita tanpa usul periksa. Doakan yang terbaik buat mereka.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




